Jepun Masters: Sze Fei-Izzuddin mara, Pearly-Thinaah terkandas

Jepun Masters: Sze Fei-Izzuddin mara, Pearly-Thinaah terkandas

Goh Sze Fei dan Nur Izzudin mara ke pusingan kedua Jepun Masters. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 8 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke pusingan kedua selepas membenam Lin Bing Wei-Su Ching Heng dari Taiwan pada peringkat 32 terbaik Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, malam tadi.

Pasangan profesional itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set ke atas lawan yang menghuni ranking ke-28 dunia itu 21-12, 21-17 dalam masa 32 minit.

Turut mengiringi Sze Fei-Izzuddin ke pusingan kedua adalah Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mengalahkan pasangan Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov 21-18, 21-23, 21-19.

Satu lagi beregu profesional, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong juga meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya selepas menewaskan Chang Ko Chi-Chen Xin Yuan dari Taiwan 21-9, 21-18.

Nasib berbeza menimpa pasangan wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang terkandas seawal pusingan pertama kepada gandingan tuan rumah, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 9-21, 21-14, 21-23 dalam aksi yang berlanjutan selama sejam itu.

Rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King juga tewas kepada beregu tuan rumah, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 14-21, 15-21 manakala Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tewas kepada pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han 15-21, 17-21t. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN