KENYATAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh pada 11 November lalu mencerminkan keberanian dan ketegasan Malaysia dalam mempertahankan hak asasi rakyat Palestin. Dalam kenyataan beliau, Anwar menegaskan Israel tidak lagi layak berada dalam komuniti negara-negara beradab dan kekejamannya menuntut tindakan tegas bagi melindungi bukan sahaja Timur Tengah, tetapi juga ketertiban global keseluruhannya. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk membina konsensus bagi…










