Wei Chong-Kai Wun sasar suku akhir empat kejohanan

Wei Chong-Kai Wun sasar suku akhir empat kejohanan

Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mensasarkan sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lapan terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai bagi melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China dari 13 hingga 17 Disember ini.

Pasangan No. 2 negara itu dijadual menyertai empat kejohanan iaitu Terbuka Finland pada 8 hingga 13 Oktober ini, Terbuka Denmark (15-20 Oktober), Jepun Masters (12-17 November) dan China Masters (19-24 November).

Wei Chong bersama pasangannya yang tewas dalam suku akhir kepada gandingan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 19-21, 18-21 di Terbuka China bulan lalu berkata, mereka kini sedang giat mempersiapkan diri bagi menempah slot ke Jelajah Dunia Akhir.

“Kami tidak pernah layak ke Jelajah Dunia Akhir dan jika mengikut ranking saya fikir kami masih belum layak. Selepas balik dari China, kami semakin baik namun ada beberapa perkara perlu diperbaiki.

“Setiap pasangan ada masalah masing-masing begitu juga dengan kami. Perbincangan sudah dilakukan bersama jurulatih dan kami juga sudah jumpa apa masalah yang dihadapi. Ia perkara kecil tetapi perlu diatasi dengan baik

“Untuk beraksi di Jelajah Dunia Akhir kami mensasarkan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir dalam empat kejohanan yang bakal disertai di Finland, Denmark, Jepun dan China,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Wei Chong turut mensasarkan mereka dapat menempatkan diri dalam 10 kelompok terbaik dunia hingga Disember ini.

“Melakukan dengan lebih baik masih belum mencukupi dan sasaran kami pada hujung tahun ini adalah menjadi 10 pemain terbaik dunia. Saya lihat tahun ini lebih sukar jadi kami kena bersedia lebih awal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN