ALOR SETAR: “Sebahagian pemikiran kami mahu berjuang sepenuh hati untuk pasukan ini, tapi separuh lagi jiwa kami persoal mengapa perlu berbuat demikian dalam keadaan tak dapat gaji selama tujuh bulan.” Demikian luahan seorang pemain Kedah Darul Aman (KDA) yang namanya enggan disiarkan tentang situasi semasa kelab bola sepak itu yang masih berdepan masalah kewangan meruncing. “Itu dilema yang dihadapi kami ketika ini. Sebagai pemain bola sepak, kami sentiasa mahu melakukan…