Mbappe disiasat dakwaan kes rogol

Mbappe disiasat dakwaan kes rogol

KYLIAN MBAPPE - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PARIS: Polis sedang menyiasat satu kes rogol yang didakwa melibatkan pemain Perancis Kylian Mbappe seperti dilaporkan akhbar-akhbar Sweden susulan kunjungan bintang Real Madrid itu ke Stockholm yang mana dia menyifatkan dakwaan tersebut palsu.
Akhbar Aftonbladet melaporkan kejadian rogol itu telah dilaporkan kepada polis, namun tidak menyatakan pelakunya, namun akhbar Expressen dalam laporannya mendedahkan nama pemain berusia 25 tahun itu sebagai suspek.
“Berdasarkan maklumat yang diperolehi Expressen, polis sedang menyiasat pemain itu yang didakwa terlibat dalam kes rogol dan gangguan seksual tersebut,” lapor akhbar terbabit
Mbappe ketika dihubungi AFP berkata, dia tidak tahu menahu tentang aduan terhadapnya.
Pemain antarabangsa Perancis itu sebelum ini tidak terpilih mewakili negaranya ke kempen Liga Negara-Negara, sebaliknya berkunjung ke ibu negara Sweden itu bersama beberapa orang yang didakwa rakannya, Khamis lalu.
Mereka dikatakan makan malam di sebuah restoran sebelum mengunjungi kelab malam, lapor Aftonbladet dan pemain itu meninggalkan negara berkenaan Jumaat lepas.
Akbar itu turut memberitahu, aduan kejadian itu dibuat keesokan hari selepas mangsa dikatakan menjalani pemeriksaan perubatan. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN