PETALING JAYA: Pemerhati sukan tempatan menggesa agar kerajaan memandang serius kekurangan peruntukan kewangan yang dihadapi oleh beberapa persatuan sukan kebangsaan. Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, dana menjadi perkara penting untuk menggerakkan persatuan sukan dan jika ia tidak mencukupi maka segala perancangan terutamanya melibatkan pembangunan atlet gagal disempurnakan. Katanya, persatuan sukan kebangsaan akan dipersalahkan jika atlet tidak menyinar di kejohanan besar sedangkan hakikatnya mereka sendiri tidak mempunyai kewangan yang mencukupi bagi…