MADRID: Robert Lewandowski menyumbat dua gol dalam tempoh dua minit untuk membantu Barcelona membenam Real Madrid 4-0 dalam pertembungan el Classico sekali gus merobek rekod penyandang juara La Liga itu musim ini. Pemain remaja Barca, Lamine Yamal dan Raphinha melengkapkan dua gol lagi, manakala bintang Real Madrid, Kylian Mbappe terpaksa menelan kecewa selepas dua jaringannya dibatalkan kerana ofsaid. Kapten skuad Perancis itu juga terperangkap dalam benteng kukuh pasukan pelawat di…