2023 menjadi titik permulaan bagi kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam menentukan dasar-dasar, tatakelola dan hala tuju yang jelas untuk tempoh penuh setahun. Dalam tempoh ini antara langkah-langkah yang paling menonjol ialah pelancaran Kerangka Ekonomi Madani yang memetakan strategi ampuh untuk pertumbuhan ekonomi, mengenal pasti industri pertumbuhan baharu dan mencipta hasil positif terhadap pengembangan berterusan ekonomi negara. Seterusnya ialah Belanjawan…