ANDA mungkin pernah menyaksikan jiran atau kenalan beragama Hindu mendaftar perkahwinan beberapa bulan sebelum mengadakan majlis pertunangan. Hampir enam bulan selepas itu pula barulah majlis perkahwinan mengikut adat India-Hindu diadakan di kuil atau dewan. Urutan seperti ini pasti mengundang pertanyaan dan rasa hairan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Pasangan itu secara teknikal bertunang selepas berkahwin. Secara tradisional, amalan dalam budaya Hindu hampir serupa dengan amalan dalam…