Menu makanan Aniq dipantau sebelum Olimpik Paris 

Menu makanan Aniq dipantau sebelum Olimpik Paris 

ANIQ Kasdan akan bertanding dalam kategori baharu selepas perubahan dilakukan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Sukan Negara (ISN) mengambil pendekatan memantau setiap menu makanan yang diambil atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan agar dia tidak berdepan masalah sewaktu bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini. 

Pengurus pasukan angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, langkah tersebut dibuat bagi memastikan setiap makanan yang memasuki tubuh Aniq tidak mengandungi bahan terlarang.

“Diet pemakanan Aniq dilakukan oleh ISN. Setiap makanan yang diambil oleh Aniq memang akan dipantau oleh ISN supaya kami tahu apa yang diambil olehnya,” kata Amirul.

Aniq antara atlet negara yang akan beraksi di temasya tersebut menjalani latihan intensif di Rompin, Pahang sebagai persiapannya untuk menghadapi Temasya Olimpik Paris yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Bagaimanapun, Amirul berkata, mereka akan mengubah lokasi latihan ke Turkiye dua minggu sebelum pertandingan.

“Kami buat latihan fasa akhir di sana kerana lokasinya tidak begitu jauh dengan Perancis. Pemilihan itu dibuat selepas kami menerima tawaran daripada Turkiye yang sudi menyediakan venue untuk latihan pusat.

“Selain kami, beberapa negara lain turut berlatih di tempat yang sama seperti Kazakhstan dan Arab Saudi,” katanya.

Aniq melayakkan diri dalam kategori 61 kilogram (kg) selepas menduduki tangga kelapan daripada senarai 12 atlet yang sah ke temaysa tersebut di kempen kelayakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×