PETALING JAYA: Malaysia perlu bermain seperti ‘harimau lapar’ ketika berdepan Taiwan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bagi mencari sekurang-kurangnya lapan gol untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya. Anak-anak buah Kim Pan Gon perlu memanfaatkan segala peluang yang terhidang bagi memenangi aksi terakhir Kelayakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selain tidak boleh melepaskan sebarang gol kepada pasukan tercorot Kumpulan D itu. Dalam masa yang sama, Malaysia perlu…










