PUTRAJAYA: Liga Malaysia (Liga M) tidak mustahil boleh lingkup sekiranya pasukan yang bertanding masih gagal menangani masalah tunggakan gaji dalam kalangan pemain. Malah, jumlah pasukan yang mengambil bahagian dalam Liga M turut berkurangan dan dijangka terus merosot sekiranya isu tersebut masih gagal diatasi. Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, beliau tidak menolak jika isu tunggakan gaji gagal diatasi ia akan memberi kesan kepada bilangan pasukan yang bertanding…










