Jazeman, Selim naik podium di Australia

Jazeman, Selim naik podium di Australia

JAZEMAN Jaafar (kanan) dan Selim Rafique bersama trofi yang dimenangi mereka pada perlumbaan Lamborghini Super Trofeo Asia 2024 di The Bend Motorsport Park, Adelaide, Australia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pelumba negara, Jazeman Jaafar dan Selim Rafique mengharumkan Malaysia selepas menamatkan siri perlumbaan Lamborghini Super Trofeo Asia 2024 selaku naib juara di The Bend Motorsport Park, Adelaide, Australia, semalam.

Mewakili pasukan Arrows Racing, Jazeman dan Selim mencatat masa 2 jam 00.595s untuk kategori Pro AM dalam perlumbaan 2 manakala bagi kedudukan keseluruhan dua pelumba itu berada di tangga keenam.

Jazeman berkata, dia dan rakan sepasukannya memulakan perlumbaan di Australia pada hujung minggu lalu dalam keadaan yang sukar.

“Kami hanya mempunyai dua sesi latihan bebas untuk menyesuaikan diri dengan kereta dan bersedia untuk sesi kelayakan dan perlumbaan sebenar,” katanya dalam satu kenyataan media dari Australia, hari ini.

Bekas pelumba Formula 3 itu memberitahu, selain diberi masa yang terlalu singkat, dia turut mengalami masalah keracunan makanan yang mengganggu persediaannya.

Perlumbaan di Australia merupakan pusingan kedua musim ini selepas saingan pembukaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Mei lalu dan Jazeman serta Selim akan kembali beraksi untuk pusingan ketiga di Inje, Korea Selatan 19-21 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×