Azeem kesuntukan masa capai 10 saat 

Azeem kesuntukan masa capai 10 saat 

MUHAMMAD Azeem Fahmi akan bersaing dengan Shereen Samson Vallabouy untuk meraih tiket ke Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi perlu berusaha lebih kuat untuk mencapai pecutan 10.00 saat ketika tempoh ke Sukan Olimpik Paris semakin suntuk.

Legenda pecut negara, Watson Nyambek berkata, beliau melihat situasi terkini Azeem yang semakin kesuntukan masa untuk menempah tiket ke Olimpik Paris pada Julai ini sedangkan pencapaiannya masih jauh.

Watson layak secara merit beraksi di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Sukan Olimpik Sydney 2000 berkata, peluang Azeem kelihatan sukar namun masih berpeluang untuk mencipta kejutan.

“Pada pandangan peribadi, saya fikir Azeem tidak sempat layak secara merit kerana 10.50s dengan 10.00s jurang perbezaannya amat ketara. Melainkan dia mencipta kejutan.

“Bagaimanapun, sebagai bekas atlet, adakalanya prestasi berada di atas dan di bawah. Azeem perlu berusaha lebih kuat,” katanya.

Azeem akan berlari pada Kejohanan NCAA di Eugene Orlando yang berlangsung hari ini hingga 8 Jun.tetapi bukan dalam acara 100 meter (m), sebaliknya dalam kuartet 4x100m.

Itu merupakan kejohanan kedua terakhir Azeem sebelum kembali ke tanah air menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia di Kuantan bermula 14 hingga 16 Jun.

Sebelum ini, pelari berusia berusia 20 tahun itu sekadar mencatat 10.50 saat (s) dalam acara 100 meter (m) menduduki tempat keenam saringan keenam di Kejohanan Kelayakan NCAA (Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan Amerika Syarikat) di Lexington, Kentucky, 23 Mei lalu.

Itu merupakan pencapaian terburuk Azeem pada musim ini dan untuk layak ke Olimpik Paris pemenang pingat gangsa di Sukan Asia 2022 itu perlu mencatat 10.00s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×