10 emas lebur jika Thailand tolak rayuan  

10 emas lebur jika Thailand tolak rayuan  

Wushu antara acara sukan yang mampu menyumbang pingat emas buat Malaysia. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan kehilangan potensi meraih sekurang-kurangnya 10 pingat emas pada Sukan SEA 2025  jika tuan rumah Thailand tidak mengendahkan rayuan untuk mempertandingkan semula beberapa acara sukan yang digugurkan sebelum ini.

Pada masa yang sama Malaysia hanya bergantung kepada keputusan Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) untuk menyemak semula keputusan Thailand berhubung perkara tersebut.

Antara acara yang berpotensi menyumbang pingat buat kontinjen negara tetapi digugurkan adalah karate, angkat berat, wushu dan boling padang.

Berdasarkan pencapaian atlet negara pada Sukan SEA Kemboja 2023, Malaysia mengaut kira-kira 10 pingat emas dalam acara yang digugurkan pada temasya dwi tahun itu.

Pemerhati sukan, Datuk Pekan Ramli berkata, amat merugikan bagi Malaysia untuk memungut pingat sekali gus turut merencat atlet untuk menunjukkan bakat mereka.

“Sebagai contoh sukan karate. Malaysia ramai atlet karate yang berbakat. Kita hilang dua perkara di situ iaitu pungutan emas dan medan menunjuk bakat mereka di pentas antarabangsa.

“Begitu juga dengan boling padang. Sukan ini sememangnya pakar dan prospek penting buat Malaysia dalam menuai emas. Ketiadaan boling padang ini amat merugikan pada Sukan SEA tahun depan,” katanya.

Pada edisi lalu di Kemboja, Malaysia meraih empat pingat emas menerusi karate manakala wushu sebanyak dua emas.

Kali terakhir sukan boling padang dianjurkan pada Sukan SEA Manila 2019 yang menyaksikan kem negara menyapu bersih empat emas yang dipertandingkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN