Sivasangari lonjak 10 pemain terbaik dunia 

Sivasangari lonjak 10 pemain terbaik dunia  

S. Sivasangari kini menghuni ranking ke-10 dunia. - PSA World Tour
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari membuktikan dia berada di kelas tersendiri apabila menduduki ranking ke-10 terbaik dunia buat kali pertama.

Juara Klasik London itu berada di ranking terbaik dalam kariernya berdasarkan kedudukan terbaharu Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Atlet berusia 25 tahun itu memanjat satu anak tangga selepas mengumpul 7959 mata keseluruhan di belakang Rowan Elaraby dari Mesir yang turut melonjak naik kesembilan terbaik.

“Semua ini adalah mustahil tanpa sokongan luar biasa daripada pasukan yang banyak memberi dorongan dan galakkan kepada saya serta setia bersama sewaktu suka mahupun duka.

“Lebih berazam berbanding sebelum ini untuk terus berusaha dan menikmati setiap langkah proses,” tulisnya di laman sosial X.

Kejayaan menembusi kelompok 10 terbaik dunia itu susulan pencapaian Sivasangari mara ke pusingan ketiga pada Kejohanan Skuasy Dunia PSA 2023-2024 pada 15 Mei lalu selain menjuarai Klasik London, April lalu.

Dalam pada itu, Rachel Arnold menduduki ranking ke-23 selepas mengumpul 3073 mata manakala Aira Azman di tangga ke-36 dengan 2478 mata. Aifa Azman dan Ainaa Amani masing-masing di kedudukan ke-40 dan ke-65 dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×