PETALING JAYA: Pemain skuasy No. 1 negara, S. Sivasangari memulakan kempen pada Kejohanan Skuasy Dunia dengan langkah kanan selepas mengetepikan wakil Latvia, Ineta Hopton pada pusingan pertama di Kelab Palm Hills, Kaherah, Mesir, semalam. Anak jati Sungai Petani, Kedah itu hanya memerlukan masa selama 19 minit untuk melakar kemenangan straight set 11-6, 11-8, 11-8 ke atas pemain ke-58 dunia tersebut. Pada pusingan kedua, esok, Sivasangari yang menghuni ranking No. 11…










