LONDON: Mercedes berpotensi untuk memecahkan rekod dunia untuk menawarkan kontrak kepada pelumba pasukan Formula Satu (F1) Red Bull, Max Verstappen. Menurut akhbar Britain melaporkan Mercedes sanggup untuk ‘memecah tabung’ sebanyak £128 juta (RM765.5 juta) untuk memikat juara dunia Formula Satu (F1) itu sebagai pengganti Lewis Hamilton yang akan berpindah ke Ferrari musim depan. Verstappen kini terikat dengan kontrak bernilai lebih £40 juta (RM 239.2 juta) setahun sehingga penghujung 2028, namun…