KUALA LUMPUR: Aksi kelayakan Kejohanan Badminton Malaysia Masters hanya menyaksikan beregu profesional lelaki negara, Boon Xin Yuan-Goh V Shem layak ke undian utama.
Xin Yuan-V Shem diberi tentang tiga set sebelum mengetepikan cabaran rakan senegara Beh Chung Meng-Goh Boon Zhe 21-17, 20-22, 21-18 dalam sejam 7 minit.
Gandingan profesional negara itu bakal bertemu pilihan keenam dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dalam perlawanan pusingan pertama undian utama esok.
Sementara itu, satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Chia Weijie-Liew Xun gagal ke peringkat undian utama selepas tunduk kepada Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Wang Chan 21-17, 21-18.
Aksi perseorangan lelaki turut suram apabila Cheam June Wei tersungkur pada peringkat kelayakan kepada pemain India, K. Sathish Kumar 21-15, 21-19.
Langkah June Wei turut menghambat seorang lagi pemain perseorangan profesional negara Soong Joo Ven apabila tersingkir di pusingan kelayakan kedua setelah tewas kepada pemain Jepun, Koo Takahashi 19-21, 13-21, 21-14 dalam tempoh sejam 17 minit.
Sementara itu, Ong Zhen Yi turut terkandas pada kelayakan menerusi acara perseorangan apabila tunduk kepada pemain muda Hong Kong, Jason Gunawan, 22-20, 21-14.
Aksi perseorangan wanita yang diwakili oleh Wong Ling Ching turut mengecewakan pada hari pembukaan selepas tewas kepada Hung Yi-Ting dari Taiwan, 14-21, 21-18, 21-13.
Wakil beregu lelaki yang lain menerusi Chia Weijie-Liew Xun gagal melebarkan kemaraan ke pusingan undian utama selepas kalah kepada Kim Young Hyuk-Wang Chan 21-17, 21-18. – UTUSAN










