Guardiola mahu semusim lagi sebelum tinggalkan City

Guardiola mahu semusim lagi sebelum tinggalkan City

PEMAIN Manchester City disambut peminat dalam siri jelajah meraikan kemenangan Liga Perdana Inggeris di Manchester, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola akan menghabiskan semusim lagi bersama The Citizens sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Pengendali dari Sepanyol yang menyertai City lapan tahun lalu mempunyai baki kontrak selama 12 bulan lagi dan sumber memberitahu ia adalah musim terakhirnya berada di Etihad.

City bagaimanapun difahamkan akan memberi ruang kepada Guardiola untuk membuat keputusan akhir mengenai masa depannya di kelab tersebut walaupun pihak pengurusan mahu beliau terus kekal selepas membantu memenangi 15 trofi termasuk gelaran Liga Juara-Juara.

Apa yang menjadi kebimbangan kelab ialah Guardiola mahu mengambil keputusan meninggalkan kelab sebaik kontraknya tamat.

Ketika City tertekan dengan situasi itu, sumber industri yakin pengendali berusia 52 tahun itu akan meninggalkan Etihad berdasarkan khabar-khabar angin mengenainya sebelum ini.

Berita mengenai perkara itu akan menjadi berita gembira buat paskan pesaing City selepas menyaksikan sentuhan jurulatih itu membantu The Citizens menjulang enam gelaran Liga Perdana dalam tempoh tujuh tahun dan menjadi yang pertama menang empat gelaran.

Sekalipun pengesahan mengenainya belum berlaku, City dilaporkan sudah mengorak langkah meninjau beberapa jurulatih berpotensi menggantikan Guardiola, antaranya pengendali Girona, Michel yang dikatakan mempamerkan persembahan menakjubkan dalam La Liga.

Selain itu, Julian Nagelsmann masih mempunyai kontrak dengan skuad Jerman sehingga 2026 dan Xabi Alonso mungkin tidak berminat manakala Roberto De Zerbi antara yang diminati Guardiola turut dikaitkan.

Pun begitu, Guardiola yang mengesahkan akan bersama pasukan pada musim depan memberitahu, belau belum pasti pemain bintang mana yang akan dijual selepas ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN