SHAH ALAM- Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi, namun bergantung kepada pemeriksaan doktor pakar esok (Khamis). Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Bolasepak Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pemeriksaan itu dibuat bagi melihat perkembangan pemain itu selepas menjalani pembedahan keempat yang dilakukan ke atasnya, Isnin lalu. “Pembedahan keempat makan masa lama sikit sehingga enam jam di mana prosedur ‘skin grafting’…










