MADRID: Carlo Ancelotti bakal menjadi jurulatih pertama menjulang trofi Liga Juara-Juara kali kelima sekiranya Real Madrid berjaya menumpaskan Borussia Dortmund di pentas final pada Ahad ini di Stadium Wembley. Pengendali dari Itali itu sudah muncul pengurus paling dihormati dalam sejarah kejohanan itu, menang dua kali bersama AC Milan pada 2003 dan 2007 serta dua kali lagi bersama Madrid pada 2014 dan 2022. Bersama Madrid, Ancelotti mengatasi pencapaian pengurus Liverpool, Bob Paisley dan jurulatih terdahulu Madrid, Zinedine Zidane yang masing-masing mengumpul tiga trofi, untuk muncul sebagai ‘Mister Champions’. Ancelotti memenangi pertandingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya