PETALING JAYA: Pelumba basikal lebuh raya negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir akan berkelana di Belgium pada hujung bulan ini bagi menyertai kira-kira 20 kejohanan sebagai persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024. Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pelumba berusia 27 tahun itu akan terlepas kejohanan di Kazakhstan pada Jun ini. “Saya berbincang bersama jurulatihnya, Amir Mustafa Rusli. Bermula 25 Mei ini, Nur Aisyah akan…










