AUSTIN: Pelumba pasukan MotoGP Aprilia, Maverick Vinales bangkit dari permulaan hambar di petak pertama untuk menjuarai perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat hari ini.
Pelumba rookie, Pedro Acosta menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Enea Bastianni melengkapkan podium di tempat ketiga.
Vinales yang ketinggalan di tempat ke-11 selepas permulaan yang buruk mencatat sejarah dalam perlumbaan MotoGP selepas buat pertama kali pernah menang kejuaraan bersama tiga pasukan berbeza – Suzuki, Yamaha dan Aprilia.
Sementara itu, pendahulu perlumbaan, Jorge Martin menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia daripada pasukan Ducati turut gagal menyaingi tiga tempat teratas.
Pelumba veteran, Marc Marquez yang beberapa saat mendahului perlumbaan gagal meneruskan penguasaan apabila tergelincir dari trek. – AFP/UTUSAN










