Uzbekistan hormati pasukan B23 negara

Uzbekistan hormati pasukan B23 negara

TIMUR Kapadze (kanan) bersama barisan jurulatih dari Malaysia, Juan Torres Garrido (kiri), jurulatih Kuwait dan Vietnam dalam sidang akhbar di Doha, Qatar. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) Uzbekistan, Timur Kapadze enggan mendabik dada apabila turun sebagai  pasukan pilihan bertemu Malaysia dalam aksi pertama Kumpulan D Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar, hari ini.

Walaupun Uzbekistan B-23 merupakan juara bagi edisi 2018 dan menjadi pasukan pilihan dalam Kumpulan D, Kapadze memilih untuk menghormati setiap lawan yang bakal dihadapi.

Jelasnya, aksi pertama kumpulan dalam mana-mana kejohanan adalah mustahak kerana ia menjadi hala tuju pasukan bagi perlawanan seterusnya lantas membuatkan Timur dan pemainnya berazam mengutip tiga mata penuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum kami datang, kami sudah ada sasaran konkrit. Setiap pasukan mempunyai peluang sama rata. Pemain kami sudah bersedia untuk kejohanan ini dan kami akan memenanginya.

“Hari ini kami ada perlawanan pembukaan dan ia penting untuk bagaimana setiap bermula dalam kejohanan. Saya hormati pasukan lawan.

“Bagaimanapun, kami juga ada sasaran kami mahu menang. Saya tahu kejohanan ini tidak mudah dan walau bagaimanapun, kami tetap mahu mendapatkan kemenangan pada perlawanan pertama nanti,” katanya dalam sidang media.

Uzbekistan merupakan  juara edisi 2018 selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, China.  

Skuad kendalian Kapadze itu juga merupakan juara Kumpulan E di pusingan kelayakan tahun lalu dengan mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×