Takraw asah rejaman di Bangkok

Takraw asah rejaman di Bangkok

AHMAD JAIS BAHARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad sepak takraw kebangsaan memilih Thailand destinasi latihan persediaan Piala Dunia bermula 18-26 Mei ini di Kuala Lumpur.

Ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun berkata, selepas seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri, seramai 17 pemain bertandang ke Bangkok untuk latihan terakhir.

“Sepanjang di Bangkok kita akan menjalani latihan bersama pasukan Tentera Laut Thailand dan juga mengadakan beberapa perlawanan ujian untuk menilai sejauh mana keberkesanan pemain-pemain kita dalam menghadapi Piala Dunia nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ahmad Jais, sebelum sesi latihan bersama dengan Tentera Laut Thailand lagi, beliau telah mula menghantar anak-anak buahnya menyertai Kejohanan Piala Princess 2-7 April lalu.

Bagaimanapun, jelas beliau, sewaktu menyertai Piala Princess hanya enam pemain negara dihantar ke Bangkok untuk menyertai pertandingan di sana.

“Kita sedar sokongan luar biasa daripada peminat sukan sepak takraw bakal kita terima, sebab itu, saya ingatkan pemain-pemain supaya tidak terlalu leka dengan apa juga sokongan yang diterima.

“Mereka perlu mempamerkan satu permainan yang berkualiti tinggi kerana ramai yang mengharapkan satu kejutan khususnya dari segi prestasi bagi membawa pulang kejayaan untuk bergelar juara pada saingan Piala Dunia nanti,” ujarnya.

Sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan dengan 12 pasukan akan bersaing dalam kategori Premier manakala sembilan pasukan lagi dalam kategori Divisyen 1.

Untuk saingan Premier, 12 negara akan berada dalam ketegori utama melbatkan Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Myanmar, Vietnam, India, Indonesia, Singapura, Brunei, Jepun, China dan Filipina.

Divisyen 1 pula disertai sembilan negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Perancis, Iran, Taiwan, Nepal, Pakistan, Jerman dan Bangladesh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini