Status underdog bukan halangan skuad B-23 negara

Status underdog bukan halangan skuad B-23 negara

Juan Torres Garrido
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Turun sebagai pasukan bukan pilihan pastinya menjadi kelebihan buat skuad Bawah 23 (B-23) negara yang bakal menentang Uzbekistan bagi aksi pertama Kumpulan D Piala Asia B-23 Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar, hari ini.

Malaysia layak menyertai kejohanan berprestij itu selepas muncul sebagai empat pasukan naib juara terbaik di pusingan kelayakan tahun lalu.

Bagaimanapun, jurulatih skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido tetap mahu membuktikan bahawa anak-anak buahnya tidak turun sebagai pasukan pelengkap jadual perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menyedari lawan yang bakal dihadapi bukan calang-calang memandangkan Uzbekistan merupakan juara edisi 2018, Juan bersedia membuktikan kehadiran pasukan negara adalah untuk memberi cabaran kepada setiap lawan.

“Sentiasa hadapi realiti. Kami terima peranan ini (pasukan bukan pilihan) berdasarkan kelayakan kami. Bagaimana pasukan kami layak ke kejohanan ini. Adalah adil kerana kami layak seperti itu.

“Kami perlu menunjukkan bahawa kami sememangnya layak jadi kami perlu membuktikannya di atas padang,” kata Juan dalam sidang media rasmi Kumpulan D di Qatar, semalam.

Juan berkata lagi, pasukannya teruja untuk memulakan cabaran pertama di kejohanan tersebut dan bersedia untuk berada di tahap terbaik agar terus kekal kompetitif.

“Mengenai perlawanan esok, kami bertemu pasukan pilihan dan kuat malah mereka memiliki barisan pemain yang bagus. Mereka pasukan yang bagus dan kami sudah bersedia untuk perlawanan esok,” katanya lagi.

Skuad B-23 negara mengadakan tiga aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi kejohanan tersebut bertemu India B-23 dua kali dan China B-23 satu perlawanan. Hasil daripada tiga perlawanan tersebut, skuad B-23 negara mencatat masing-masing satu kemenangan, seri dan kalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×