Rexy enggan insiden BATC 2024 berulang di Piala Thomas

Rexy enggan insiden BATC 2024 berulang di Piala Thomas

REXY Mainaky (kanan) berharap pemain-pemain negara yang memikul cabaran Piala Thomas bebas kecederaan . – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky menaruh harapan isu kecede­raan yang membelenggu kem badminton lelaki negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia BATC 2024 tidak berulang pada Piala Thomas 2024.

Beliau mengakui agak ‘serabut’ memikirkan insiden yang melibatkan beberapa pemain utama pada BATC 2024 berikutan tidak pernah berdepan dengan situasi getir itu ketika bergelar pemain mahupun sebagai jurulatih sebelum ini.

“Saya hanya mahu barisan pemain yang cergas pada kejohanan nanti. Saya beri harapan penuh agar kejadian semasa BATC tidak berlaku lagi.

“Bukan hanya saya sahaja berharap, malah saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu melihat perkara memalukan ini terjadi,” katanya.

Dalam saingan BATC 2024 Februari lalu menyaksikan dua pemain perseorangan sandaran negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan berikutan masalah kecederaan dan kecergasan.

Dalam pada itu, Rexy turut meluahkan beliau mengalami kesukaran dalam memilih barisan beregu lelaki negara susulan pasangan yang berada dalam radarnya ke Piala Thomas memiliki kelebihan tersendiri.

Selain gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beliau mendedahkan pasangan yang berpotensi disenaraikan merupakan gandingan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu sensasi negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

“Sze Fei-Nur Izzuddin se­ring menampilkan persembahan baik pada acara berpasukan. Bagi Hon Jian-Muhammad Haikal, walaupun pernah bermain di BATC 2024 semestinya mereka bersedia main pada tahap setinggi Piala Thomas,” katanya.

Piala Thomas akan membuka tirai di Chengdu, China bermula 28 April hingga 5 Mei ini dan kali terakhir Malaysia menjuarainya pada 1992. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×