LONDON: Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel memberi bayangan untuk kembali ke sukan pemotoran selepas mengakui mengadakan perbincangan bersama bos Mercedes, Toto Wolff.
Vettel mahu mencipta kejutan kembali ke dunia F1 selepas bersara pada tahun 2022, namun masih mempertimbangkan keputusan itu.
Juara dunia empat kali itu mendedahkan beliau mahu sekali lagi menamatkan kariernya dengan kembali ke sukan itu.
Perpindahan sensasi Lewis Hamilton ke Ferrari pada musim depan menyebabkan Mercedes mencari pengganti sekali gus Vettel dikaitkan dengan pengeluar kereta Jerman itu.
Bagaimanpun, bukan Mercedes sahaja yang mempunyai kerusi kosong, malah Red Bull dan Aston Martin turut menawarkan tempat berikutan kontrak pelumba mereka Sergio Perez dan Fernando Alonso tamat pada akhir tahun ini.
“Saya berpotensi kerana saya tiada pasukan. Tetapi mereka mempersoalkan, adakah saya mencari mereka? Saya berfikir ia bergantung kepada tawaran.
“Saya bersara daripada Formula 1 untuk tidak kembali, tetapi saya juga mengatakan bahawa anda tidak tahu langkah saya seterusnya. Jadi saya fikir ia masih kekal.
Vettel menegaskan, perbincangannya dengan Wolff tidak hanya berkisar pada kerusi kosong mereka dan pada masa sama dia juga telah berhubung dengan ketua pasukan lain. – AGENSI/UTUSAN










