Memalukan, tiga faktor skuad B-23 gagal di Piala Asia

Memalukan, tiga faktor skuad B-23 gagal di Piala Asia

PENJARING tunggal gol Malaysia Haqimi Azim Rosli diasak pemain Kuwait dalam saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar, semalam. Malaysia tewas 2-1. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga pembangunan kurang kompetitif antara tiga faktor yang menyumbang kepada persembahan hambar skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan di Piala Asia sehingga pulang awal dan menduduki tangga tercorot selepas tewas dalam semua perlawanan.

Bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir menggariskan tiga faktor kepada kegagalan skuad B-23 negara antaranya saingan liga pembangunan kurang kompetitif, jumlah perlawanan liga tempatan yang kurang dan persiapan pasukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

“Tak guna bila ramai pemain di akar umbi tapi hala tuju untuk mereka tiada. Inilah punca kegagalan selama ini kerana liga kita (khusus liga pembangunan) yang kurang kompetitif dan efektif.

“Mentaliti bekerja perlu di ubah jika inginkan kemajuan dan jurulatih pasukan senior juga perlu beri peluang pada pemain muda beraksi.

“Bila bercakap tentang pertandingan dan perlawanan apakah jumlah itu cukup untuk pemain muda demi pembangunan dan tingkatkan kualiti mereka untuk Malaysia B-23?,” katanya.

Tegas bekas pemain Johor dan skuad Olimpik 1995 itu meletakkan faktor kegagalan skuad B-23 tewas 1-2 kepada Kuwait dalam aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Asia B-23 di Qatar dan pulang dengan tangan kosong berpunca daripada ekosistem yang tidak betul.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut dialami anak buah Juan Torres Garrido sepanjang kempen itu untuk berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Jelas Hasnizam, sikap tidak tegasPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap kelab dan Persatuan Bolasepak Negeri (FA) menyebabkan skuad Harimau Muda mengalami rekod buruk.

“Terima kasih anak muda atas pengorbanan anda. Kamu tidak bersalah yang bersalah adalah badan induk yang tidak menyediakan ekosistem pertandingan pemain belia yang terbaik serta persiapan tidak serius.

“Pemain muda amat penting untuk masa depan, jika tidak menyemai dari sekarang bagaimana nak dapat hasilnya di masa depan. Perlu diingat pemain semakin bertambah, sebab program akar umbi semakin banyak.

“Selepas rasuah 1994, taburan pemain muda juga ramai itu kena faham. Sepatutnya FAM perlu buat persiapan lebih awal untuk B-23 dan perlu banyak perlawanan persahabatan dilakukan. Perlu cari dana melalui penaja untuk persiapan pasukan bukan hanya tagih pada kerajaan.

“Jadi pengurusan atasan kena lebih efektif bekerja dan lebih tegas mengajak ahli untuk minda bekerja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN