Kejohanan Dunia uji badang negara

Kejohanan Dunia uji badang negara

Mohamad Aniq Kasdan akan bertanding dalam kategori 61 kilogram pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suvi, Fiji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Debaran atlet angkat berat bagi menempatkan diri ke Sukan Olimpik 2024 semakin dirasai apabila bakal beraksi dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia di Phuket, Thailand bermula hari ini.

Pengurus pasukan, Amirul Hamizan Ibrahim berkata kejohanan tersebut merupakan medan terakhir buat badang negara bagi merebut tiket secara merit ke temasya Olimpik 2024.

“Segala persiapan dan latihan selama sebulan di Aceh, Indonesia berjalan dengan lancar dan latihan intensif itu dilakukan supaya atlet negara dapat fokus terhadap kejohanan di Phuket nanti.

“Ini merupakan misi akhir kami untuk memastikan tiket ke Sukan Olimpik 2024 menjadi milik negara. Selain latihan fizikal, kami memberi penekanan terhadap kestabilan emosi dan mental atlet.

“Atlet negara berada di tahap terbaik kerana mereka bebeas daripada kecederaan selain diet pemakanan dijaga dengan rapi oleh pegawai ISN (Institut Sukan Negara),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Atlet angkat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin akan bertanding dalam kategori 61 kilogram (kg) di kejohanan tersebut hari ini  manakala Muhammad Erry Hidayat kategori 73kg pada Rabu.

Amirul berkata Aniq dan Aznil merupakan sandaran utama menempah tiket ke Paris pada musim panas nanti telah sedia maklum dengan jumlah angkatan berat yang mereka perlu lakukan untuk ke temasya tersebut.

“Kami berharap atlet dapat bersedia untuk melakukan jumlah angkatan yang diperlukan bagi menempatkan diri dalam 10 ranking terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN