Manchester City belasah Brighton

Manchester City belasah Brighton

TONGGAK tengah Manchester City, Phil Foden (kanan) meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas membelasah Brighton 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BRIGHTON: Manchester City kembali mengekori rapat dengan terpisah satu mata dengan pendahulu liga Arsenal selepas membelasah Brighton 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di sini, hari ini.
Anak-anak buah Pep Guardiola begitu bersemangat memburu jaringan gol selepas Kevin De Bruyne meletakkan The Citizens di depan awal permainan.
Penyerang England, Phil Foden mengukuhkan kedudukan selepas menyumbat dua gol manakala Julian Alvarez melengkapkan kemenangan City pada babak kedua permainan di Stadium Amex.
“Keputusan ini sangat baik buat kami. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kesilapan yang kami lakukan sebelum ini tidak akan berulang pada masa akan datang. Kami tahu saingan begitu sengit. Kami perlu menang setiap perlawanan. Setiap perlawanan yang kami menang mendekatkan kami dengan gelaran juara,” katanya.
Kekalahan Liverpool kepada Everton kelmarin memberi kelegaan buat City yang kini perlu bersaing dengan Arsenal dalam memburu gelaran juara liga.
Gunners sebelum itu membelasah Chelsea 5-0 untuk terus memimpin tangga liga.
City yang mempunyai kelebihan perlawanan berbanding Arsenal dan Liverpool akan dinobatkan sebagai juara jika menang semua lima baki perlawanan selepas ini.
Bagaimanapun, Guardiola memberi amaran kepada pemainnya supaya mengambil iktibar kepada nasib Liverpool yang boleh berlaku kepada mereka dan Arsenal jika cuai di atas padang. – AFP/UTUSAN 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN