PETALING JAYA: Bagi mempertingkatkan tahap keselamatan atlet paralimpik negara, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bercadang untuk mengenakan pemakaian alat pengesan sepanjang temasya Sukan Paralimpik Paris berlangsung pada 28 Ogos hingga 9 September ini. Cadangan itu muncul selepas presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Paralimpik Asia di China pada Mac lalu dan akan membentangkannya di hadapan penganjur temasya itu pada Jun ini. Katanya, MPM sudah bertemu dengan…










