BAGAI mimpi menjadi kenyataan, itu perasaan atlet berbasikal lebuh raya negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir apabila mula menghitung hari untuk berkayuh di Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini. Anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu mengakui meminati sukan basikal lebuh raya sejak di bangku sekolah serta memasang impian berkayuh di pentas Olimpik bersama atlet antarabangsa. “Sejak dari kecil lagi, saya selalu tengok pelumba-pelumba yang hebat di televisyen. Situasi itu mendorong saya untuk…










