Verstappen terus pamer kuasa

Verstappen terus pamer kuasa

MAX Verstappen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pasukan Red Bull me­neruskan dominasi di awal musim Formula Satu (F1) de­ngan kemenangan satu dua dalam perlumbaan pertama Grand Prix Arab Saudi, semalam.

Kedudukan Max Verstappen jelas sukar digugat apabila menambah koleksi kemenangan selepas menguasai litar Jeddah.

Rakan sepasukannya, Sergio Perez di tempat kedua perlumbaan di Jeddah Corniche, pemenang tahun lalu itu melintasi garisan penamat 13.643 saat di belakang rakan sepasukannya, juara dunia tiga kali yang kini mempunyai kelebihan 15 mata di tangga teratas.

Keputusan perlumbaan Grand Prix Arab Saudi.

Charles Leclerc dari Ferrari meraih tempat ketiga tetapi pemandu baharu pasukannya, Oliver Bearman berusia 18 tahun itu, lebih mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan di­nobatkan Pemandu Terbaik.

Ini adalah kali pertama buat Verstappen, pemegang rekod kemenangan 19 daripada 22 perlumbaan tahun lalu, memenangi dua perlumbaan di awal musim.

“Secara keseluruhan, hujung minggu yang menakjubkan untuk pasukan dan diri saya.

“Saya rasa selesa dengan kereta dan ketika perlumbaan. Ini perkara yang positif itu diri saya dan pasukan,” kata Verstappen.

Ia adalah kemenangan ke­sembilan berturut-turut buat Verstappen, bermula dari perlumbaan di Jepun pada September, dan yang ke-56 dalam karier pemandu 26 tahun Belanda itu.

Kemenangan itu juga adalah podium ke-100 buat Verstappen manakala kemenangan ke-115 Red Bull melonjak mereka di depan Williams untuk tangga keempat dalam senarai sepanjang zaman. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN