MELBOURNE: Juara dunia tiga kali, Max Verstappen meraih petak pertama berturut-turut musim ini di Grand Prix Australia semalam dalam usaha pelumba Belanda itu menyasarkan rekod kemenangan ke-10 berturut-turut.
Dalam kelayakan di Albert Park Melbourne semalam, pemandu Ferrari, Carlos Sainz menduduki tempat kedua perlumbaan selepas dua minggu menjalani pembedahan apendiks sekali gus mengekalkan Red Bull di barisan hadapan.
“Ia agak di luar jangkaan hari ini, namun bagi sesi kelayakan namun saya amat gembira dengan kelayakan di sesi ketiga.
“Hujung minggu yang agak sukar, Ferrari dilihat begitu pantas dalam jangka masa panjang dan ia membuatkan hari esok semakin menarik,” kata Verstappen yang ingin mengulangi pencapaianya tahun lalu apabila menang di Australia selepas memulakan perlumbaan di petak pertama.
Pelumba Belanda itu menewaskan pencabarnya dengan satu pusingan satu minit 15.915. 0.270 saat di hadapan Sainz.
Sergio Perez seorang lagi wakil Red Bull akan mula di petak ketiga bersama Lando Norris mencatatkan kejutan keempat buat McLaren.
Pemenang Melbourne 2022, Charles Leclerc dari Ferrari di petak kedua berada di tempat kelima dengan Oscar Piastri dari McLaren keenam.
George Russell dari Mercedes menamatkan sesi kelayakan di tempat ketujuh di hadapan Yuki Tsunoda dari RB dan pasangan Aston Martin Lance Stroll dan Fernando Alonso.
Bagaimanapun, juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton berdepan kekecewaan selepas terlepas sesi Q3 dan akan mula di petak ke-11.
“Ini telah menjadi dua minggu yang sukar, berada di atas katil dan menunggu jika saya boleh berada di sini hari ini.
“Untuk meraih petak hadapan selepas memimpin melalui kelayakan membuatkan saya tidak percaya,” kata Sainz.
Walaupun memberikan usaha yang terbaik, dia tidak dapat menumbangkan Verstappen, yang memenangi dua perlumbaan pembuka musim ini di Bahrain dan Arab Saudi, kedua-duanya dari petak pertama. – AFP/UTUSAN










