Tuah Garnacho bantu kemenangan United

Tuah Garnacho bantu kemenangan United

Alejandro Garnacho (tengah) dikawal tiga pemain Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kelmarin. United menang 2-0 dalam perlawanan itu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho mendapat pujian pe­ngendali pasukan itu, Erik ten Hag apabila membantu menghadiahkan sepakan penalti yang membantu kemenangan 2-0 Red Devils ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Ing­geris kelmarin.

Pemain posisi sayap ber­usia 19 tahun itu yang diserapkan dalam kesebelasan utama Uni­ted sejak Oktober lalu sememangnya mendapat kepercayaan penuh Ten Hag.

“Dia semakin menunjukkan peningkatan dan kami gembira dengan perkembangan itu. Sumbangannya hari ini besar. Lihat sahaja cara dia berlari sambil membawa bola.

Dia berjaya memikat penonton dan ini yang kami mahu tunjukkan. Malah, saya berpendapat kami berhak mendapat sepakan pe­nalti itu.” kata Ten Hag.

Kapten pasukan, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford tidak mensia-siakan sepakan penalti pada babak pertama itu, sekali gus mendapat kemenangan yang membantu menghidupkan harapan untuk menutup musim di tempat empat teratas.

Pada masa ini United menduduki tempat keenam liga, ketinggalan lapan mata di belakang Aston Villa yang menghuni tangga keempat.

Ten Hag turut percaya Carnacho akan meneruskan kecemerlangannya.

“Semuanya terletak atas dia. Dia perlu fokus dan berusaha memperbaiki permainannya da­lam perlawanan-perlawanan seterusnya. Adakalanya pemain muda berdepan dengan kesukaran (meningkat) disebabkan kekurangan pengalaman.

“Namun, bagi Garnacho, saya percaya dia boleh melakukannya (meningkat) jika dia fokus dan kekal positif dalam permainan. Ia dapat dilihat daripada permainannya (menentang Everton).

“Anda perlu sentiasa mengingatkan pemain-pemain muda tentang perlunya bekerja keras semasa latihan bagi meme­nuhi standard yang dimahukan setiap minggu,” katanya.

Pemain antarabangsa Argentina itu yang akan menjengah usia 20 tahun pada Julai ini te­lah menjaringkan lima gol liga pada musim ini.

“Saya gembira bekerjasama dengan Garnacho. Dia seorang pemain yang memerlukan cabaran, malah dia menyukai­nya. Apa yang menarik tentang pemain itu ialah sikap keyakinannya. Tugas kami ialah membantu dia naik ke peringkat seterusnya,” kata Ten Hag. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN