MANCHESTER: Pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho mendapat pujian pengendali pasukan itu, Erik ten Hag apabila membantu menghadiahkan sepakan penalti yang membantu kemenangan 2-0 Red Devils ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin. Pemain posisi sayap berusia 19 tahun itu yang diserapkan dalam kesebelasan utama United sejak Oktober lalu sememangnya mendapat kepercayaan penuh Ten Hag. “Dia semakin menunjukkan peningkatan dan kami gembira dengan perkembangan itu. Sumbangannya hari ini…










