Hoki: 46 pemain terpilih lalui saringan ketat

Hoki: 46 pemain terpilih lalui saringan ketat

SARJIT Singh (kiri) dan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 46 pemain bakal menjalani kem latihan pertama skuad hoki lelaki senior kebangsaan di bawah kendalian jurulatih baharu, Sarjit Singh yang dijadualkan bermula 19 Mac ini.

Barisan kejurulatihan memi­lih pemain-pemain ini berdasarkan prestasi mereka semasa saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

Sarjit berkata, pemain yang terpilih itu sesuai mengikut perancangan utama pasukan dalam menyediakan anak-anak buahnya menghadapi saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

“Kita telah membentuk satu program untuk Sukan Asian dalam tempoh dua tahun ini. Sebanyak 46 pemain terpilih dan terdiri daripada mereka yang cemerlang bermain untuk kelab masing-masing semasa liga MHL.

“Ini merupakan satu-satunya peluang mereka untuk membuktikan kepada kita bahawa mereka layak dalam pasukan kebangsaan.

“Persaingan yang amat memberangsangkan. Kita akan bermain lapan perlawanan melibatkan sesama sendiri dengan tiga pasukan akan dibentuk. Jadi kita ada 480 minit secara keseluruhan dan setiap pemain akan dapat secara minimum 320 minit untuk bermain,” katanya pada sidang media Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, di sini semalam.

Menerusi senarai tersebut, seramai 10 pemain daripada juara Piala TNB 2024 lalu , Tenaga Nasional Berhad (TNB) manakala 11 lagi daripada Pasukan Hoki Terengganu (THT).

Daripada 46 pemain yang dipanggil ini, Sarjit mengekalkan empat pemain berpengalaman berusia melebihi 30 tahun Faizal Saari, Mohd Fitri Saari, Muhammad Marhan Jalil dan Muhammad Hafizuddin Othman.

“Kalau kita lihat senarai ini ada hanya empat pemain ber­usia atas 30 tahun iaitu Faizal, Fitri, Marhan dan Hafizuddin.

“Saya tahu dam semua sudah jelas bahawa mereka ini pemain yang luar biasa. Kita memerlukan potensi seperti mereka berdasarkan lingkungan pemain seperti mereka,” katanya.

Skuad lelaki hoki kebangsaan akan memulakan sesi latihan pertama bermula 19 Mac hingga 31 Mac ini dan akhirnya pada 1 April senarai tersebut akan dipendekkan kepada 30 pemain.

Speedy Tigers bakal mengharungi tiga kejohanan tahun ini iaitu, Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 4 hingga 11 Mei, Piala Negara-negara di Gniezno, Poland (31 Mei- 9 Jun) dan Piala Juara-Juara Asia, Kota Hulunbuir, Mongolia Dalam (8-17 September).

Pada kem latihan kali ini, Sarjit bakal dibantu oleh dua penolong jurulatih iaitu Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan Azrul Effendy Bistamam manakala Kumar Subramaniam dilantik sebagai jurulatih penjaga gol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×