Hafizh akhiri perlumbaan ARRC tempat kedua

Hafizh akhiri perlumbaan ARRC tempat kedua

Hafizh Syahrin Abdullah (kiri) meraih kedudukan kedua Perlumbaan 2 kelas elit ARRC di Buriram, Thailand hari ini. - GAMBAR SHAZLI SHAMSUDDIN/ARRC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah menebus kehampaan selepas gagal menamatkan aksi dalam Perlumbaan 1, semalam, apabila muncul selaku naib juara pada Perlumbaan 2 kategori 1,000cc aksi pembuka musim Kejuaraan Perlumbaan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Hafizh yang memacu jentera Ducati melakar masa 20 minit 49.963 saat (s), ketinggalan 0.771s di belakang pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar dari pasukan Honda Asia-Dream Racing yang mencipta masa terpantas 20:49.192s.

Pelumba tuan rumah, Nakarin Atiratphuvapat yang merupakan rakan sepasukan Andi melengkapkan aksinya di kedudukan ketiga menerusi lakaran masa 20:50.001s, manakala, penunggang Jepun, Yuki Kunii dari pasukan HARC-Pro Honda di tempat keempat (20:51.603).

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang lagi pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing menamatkan aksinya di tangga kelima (20:53.800s) selepas menjuarai Perlumbaan 1, semalam.

Hafizh dalam kenyataannya yang dipetik menerusi media sosial berkata, dia cuba memacu laju jenteranya pada awal saingan lagi kerana menyedari perlumbaan tersebut amat sukar.

“Saya amat bernasib baik berjaya melengkapkan perlumbaan ini selepas jentera saya semakin kehabisan bahan api ketika saingan berbaki satu lagi pusingan.

“Ini semua berlaku disebabkan tindakan saya memecut laju motosikal pada awal perlumbaan,” katanya.

Bekas pelumba MotoGP itu turut mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan majikannya.

“Saya bertetima kasih kepada TMJ, tanpa beliau saya tidak berada di sini. Saya hampir membuat keputusan untuk menamatkan karier saya sebagai pelumba,” ujarnya.

Hafizh memberitahu, keputusan podium yang dicatatnya dalam pusingan pertama ARRC itu hanya satu permulaan untuk memacu pasukannya mengorak langkah lebih jauh ke pentas antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini