ENGLAND: Pep Guardiola adalah calon sesuai untuk mengendali skuad bola sepak England. Pandangan itu disuarakan bekas kapten Manchester City, Fernandinho yang berkata, England adalah pasukan paling sesuai dengan gaya kejurulatihan Guardiola. “Saya rasa ada satu pasukan sesuai dengan cara kejurulatihan Guardiola iaitu England. Saya yakin dia akan menjadi jurulatih pasukan kebangsaan pada masa akan datang,” katanya. Fernandinho meninggalkan City dua tahun lalu selepas sembilan musim bersama juara bertahan Liga Perdana…










