Daneshen atlet para ke 10 layak ke Paris

Daneshen atlet para ke 10 layak ke Paris

Daneshen Govinda Rajan yang meraih perak acara compound lelaki di Dubai, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad paralimpik negara menempah satu lagi tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi pemanah negara, Daneshen Govinda Rajan yang meraih perak acara compound lelaki di Dubai, semalam.

Daneshan tewas kepada wakil dari Austria, Meier M dalam aksi final dengan keputusan 133-143 di Kejohanan Ranking Memanah Para Fazza ke-18 dan Kejohanan Kelayakan Dunia .

Jurulatih memanah para negara, Marzuki Zakaria menghambur pujian kepada anak didikannya itu setelah mempamerkan kesungguhan dalam merebut slot ke temasya Sukan Olimpik 2024.

“Alhamdulillah. Kita perolehi satu lagi tiket atau slot ke Paris. Sebagai jurulatih, saya berasa amat gembira dan teruja di mana saya lihat kesungguhan atlet untuk menambahkan satu lagi slot ke Paris nanti.

“Ini adalah kali pertama bagi diri saya apabila tiga atlet layak secara merit ke Paralimpik. Satu pencapaian membanggakan buat saya selaku jurulatih Paralimpik yang memulakan tugas 1 Januari 2016,” katanya.

Selain Daneshan, dua lagi atlet para memanah yang telah pun melayakkan diri ke temasya itu adalah Suresh Selvatamby (recurve) dan Nurjannaton Abdul Jalil (compound).

Kejayaan itu menyaksikan 10 atlet para telah layak ke Paralimpik Paris 2024 menerusi sukan olahraga (dua), renang (dua), berbasikal (tiga) dan memanah (3). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×