Bearman tidak menghampakan Ferrari

Bearman tidak menghampakan Ferrari

OLIVER BEARMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pemandu rookie pasukan Formula Satu (F1) Ferrari, Oliver Bearman mempamerkan penamat yang memberangsangkan apabila menduduki tempat ketujuh di Grand Prix Arab Saudi, semalam.

Bekas juara dunia, Damon Hill menyifatkan kejayaan pemandu muda berusia 18 tahun itu sebagai ‘kelahiran seorang bintang baharu’.

Bearman hanya menggantikan tempat Carlos Sainz yang menjalani pembedahan apen­diks, Jumaat lalu, namun dia memandu dengan tenang dan berjaya memberikan mata kepada pasukan walaupun kali pertama di atas litar kompetitif dengan sekali latihan sahaja.

Dalam laman sukan X, Hill yang juga bekas juara dunia 1996 menyifatkan Bearman sebagai bintang baharu.

“Sungguh hebat. Hanya de­ngan notis pemberitahuan yang singkat, berlumba atas trek bersama Ferrari dan berjaya me­ngawal tekanan, ia begitu menakjubkan,” kata Hill.

Kemampuan Bearman turut mendapat pujian daripada pelumba-pelumba daripada pasukan lain kerana dia bukan sahaja menjadi pemandu Ferrari paling muda dalam sejarah pasukan itu tetapi juga warga Britain paling muda dalam sukan tersebut.

“Saya agak keletihan. Anda sendiri tahu saya tidak melihat kepada kemampaun saya tetapi saya menikmati perlumbaan ini.

“Sangat menakjubkan terutama di pusingan terakhir apabila saya bersaing dengan Le­wis Hamilton dan Lando Norris daripada pasukan McLaren. Namun, saya tetap bertenang dan sering melihat di cermin sisi kedudukan mereka.

“Saya rasa kami (pasukan) berjaya mengurus perlumbaan dengan baik dan saya rasa telah melakukan apa yang dimahukan pasukan,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN