SELEPAS berjaya mempertahankan gelaran penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal kini menjadi salah seorang jentera pemusnah untuk skuad ‘jelmaan’ baharu Speedy Tigers. Azrai atau ramai rakan terdekat mengenalinya sebagai ‘Boy’ sebelum ini mencipta sensasi, merekodkan sejarah baharu MHL apabila muncul penjaring terbanyak menerusi 40 gol, musim lalu. Kegagahannya menyumbat 33 gol padang dan tujuh menerusi pukulan sudut, Azrai kini sebaris Gonzalo Peillat, Faizal…










