Williams beri amaran jangan ganggu Albon

Williams beri amaran jangan ganggu Albon

JAMES Vowles memberi amaran kepada pasukan Mercedes dan Red Bull bahawa pelumba Alex Albon masih terikat kontrak dengan pasukan berpangkalan di Britain itu sehingga akhir 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bos Formula Satu (F1) Williams, James Vowles memberi amaran kepada pasukan Mercedes dan Red Bull bahawa pelumba Alex Albon masih terikat kontrak dengan pasukan berpangkalan di Britain itu sehingga akhir 2025.

Tindakan mengejut Lewis Hamilton berhijrah dari Mercedes ke Ferrari pada 2025 telah mencetuskan kejutan dalam tingkap perpindahan Formula Satu apabila Albon tidak semena-mena dikaitkan sebagai pengganti juara dunia tujuh kali itu.

Albon, 27, turut dikaitkan akan kembali kepada Red Bull selepas kontrak Sergio Perez akan berakhir pada akhir tahun ini.

“Alex menandatangani kontrak bersama kami sehingga 2025. Saya tidak pernah mengumumkan perkara seperti ini sebelum ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga kepentingan pasukan terutama Aex.

“Dia pemandu yang hebat dan layak untuk berada di barisan depan petak perlumbaan,” katanya.

Albon menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 senarai pelumba tahun lalu dengan mengumpul 27 mata sekali gus meletakkan pasukan William di tempat ketujuh kategori pengeluar.

Vowles sebelum ini pernah mengemudi pasukan Mercedes menjulang kejuaraan antara 2014 dan 2020.

Menurut Vowles, kemampuan Albon dalam beberapa perlumbaan lepas menyamai Hamilton.

“Saya melihat persembahannya dalam beberapa perlumbaan lalu menyamai kemampuan juara dunia sebelum ini. Kami sudah membuat perancangan bagaimana mahu mencipta kejayaan di masa hadapan,” kata Vowles.

Albon sebelum ini digugurkan daripada Red Bull di hujung musim 2020, namun kemampuan pelumba itu diperakui oleh pasukan juara dunia tersebut.

Sementara itu, Albon berkata, hanya masa menentukan masa depannya kerana fokus utamanya pada tahun ini ialah melakukan peningkatan prestasi.

“Pasukan mana yang saya akan sertai semestinya terikat dengan kontrak yang panjang,” atanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN