Waspada minyak zaitun palsu

Waspada minyak zaitun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINYAK zaitun tinggi antioksidan dan amalan pengambilannya dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kronik.

Ia turut bermanfaat untuk kecantikan lantaran kemampuannya melembapkan dan memelihara kulit.

Sekali gus mengurangkan garis halus, membuatkan wajah lebih berseri dan awet muda.

Pakar oleokimia, Dr. Suhana Samat berkata, terdapat lima jenis minyak zaitun yang dijual iaitu ekstra dara, dara, asli (pure), ringan atau halus dan pomace.

Namun, rata-rata masyarakat masih kurang pendedahan dan maklumat mengenai perbezaan setiap jenis minyak berkenaan.

Situasi itu mendorong kepada isu keaslian berikutan sikap segelintir pengusaha yang bertindak memalsukan maklumat berkaitan kandungannya.

“Jika minyak yang dibeli berbau tengik atau istilah saintifiknya, lampante, berkemungkinan besar ia adalah palsu atau bukan berstatus ekstra dara.

“Aroma minyak yang tulen mirip kepada bau buah jambu batu atau daun inai di samping rasa sedikit pahit dan pedas,” katanya.

Minyak zaitun ekstra dara boleh dimakan secara terus seawal usia setahun dan ke atas berdasarkan sukatan yang ditetapkan.

Antara kebaikan minyak ini kepada wanita ialah melancarkan haid yang tidak teratur di samping mengurangkan anxiety, depresi dan risiko kanser payudara.

Khasiat-khasiat lain ialah mengawal kolestrol dan tekanan darah, antitumor, menurunkan parameter imunologi, membantu masalah penghadaman, mencegah demensia di samping penyakit alzheimer.

Suhana yang juga penasihat Zouitina Malaysia memberitahu, produk minyak zaitun ekstra dara keluaran jenama itu berbeza dengan pesaing di pasaran kerana dihasilkan daripada perahan buah muda atau putik dengan kadar keasidan serendah 0.15 peratus.

Di samping itu, pihaknya turut menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat global termasuk 100 yang terbaik di dunia dan terbaharu, bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi menjalankan kajian keberkesanan minyak zaitun ekstra dara tuaian muda terhadap penyakit metabolik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×