MINYAK zaitun tinggi antioksidan dan amalan pengambilannya dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kronik. Ia turut bermanfaat untuk kecantikan lantaran kemampuannya melembapkan dan memelihara kulit. Sekali gus mengurangkan garis halus, membuatkan wajah lebih berseri dan awet muda. Pakar oleokimia, Dr. Suhana Samat berkata, terdapat lima jenis minyak zaitun yang dijual iaitu ekstra dara, dara, asli (pure), ringan atau halus dan pomace. Namun, rata-rata masyarakat masih kurang pendedahan dan maklumat…










