Pemain Korea bergaduh di Piala Asia 2023

Pemain Korea bergaduh di Piala Asia 2023

JARi tangan kanan Son Heung-min berbalut dipercayai terbabit dalam pergaduhan dalam kem Korea Selatan sehari sebelum menentang Jordan dalam aksi separuh akhir Piala Asia 2023. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain Korea Selatan dilaporkan bergaduh sesama sendiri, sehari sebelum mereka tewas mengejut 0-2 kepada Jordan dalam aksi separuh akhir Piala Asia 2023.

Insiden tersebut juga menyebabkan Son Heung Min terseliuh di jari tangan, namun kapten Taeguk Warriors itu tetap turun beraksi ketika pasukannya tunduk kepada Jordan.

Pertelingkahan berlaku antara Heung Min dan rakan sepasukan ketika mereka sedang makan pada malam sebelum perlawanan separuh akhir menentang Jordan.

Anggota skuad itu dilaporkan tergesa-gesa menghabiskan makanan mereka kerana mahu bermain ping pong.

Bagaimanapun, Heung Min berang dengan tindakan mereka meninggalkan sesi makan malam yang biasa dimanfaatkan untuk menguatkan semangat berpasukan.

Antara pemain muda yang cuba dinasihati Heung Min adalah ayam tambatan Korea Selatan yang juga bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang In.

Perang mulut yang berlaku antara beberapa pemain sehingga menyebabkan Heung Min yang juga bintang Tottenham mengalami kecederaan terseliuh jari.

“Beberapa pemain muda makan dengan cepat dan meninggalkan seluruh skuad untuk bermain ping pong.

“Heung Min meminta mereka untuk kembali dan duduk tetapi nasihatnya itu tidak didengari. Dalam beberapa saat, berlaku kekecohan di dewan makan.

“Heung Min mengalami kecederaan ketika cuba memenangkan keadaan,” kata sumber.

Ekoran insiden itu, beberapa pemain cuba mempengaruhi pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann agar mengetepikan Kan In dalam kesebelasan utama, namun ia tidak diendahkan jurulatih dari Jerman itu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN