LIVERPOOL: Mohamed Salah kembali menjalani latihan bersama Liverpool buat pertama kali sejak mengalami kecederaan otot ketika mewakili Mesir di Piala Negara-Negara Afrika. Pemain berusia 31 tahun itu cedera ketika aksi peringkat kumpulan bulan lalu dan terpaksa dihantar pulang ke Kirby dari Ivory Coast untuk menjalani rawatan lanjut. Rancangan asalnya ialah memastikan Salah pulih sepenuhnya sebelum kembali menyertai Mesir di AFCON sekiranya mereka mara ke perlawanan akhir, namun mereka tewas kepada DR Congo di peringkat 16 terakhir menerusi penentuan penalti. Salah meneruskan proses pemulihannya di Liverpool dan tampil menyertai latihan buat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya