PETALING JAYA: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengambil keputusan mengekalkan Farid Syazwan Abu Bakar sebagai ketua jurulatih skuad 15 sepasukan (s) negara bagi menghadapi Divisyen Perdana Kejohanan Ragbi Asia (ARC) pada Jun ini. Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung KRM, Fahmy Jalil yang menjelaskan, status Farid untuk kekal menerajui skuad negara mendapat sokongan semua exco badan induk itu. Farid yang mesra disapa Lomu dilantik Mei lalu, menggantikan jurulatih sebelum ini, Rodney So’oialo…